SELAMAT DATANG DI XTRANSSCELL INDONESIA, DICARI LEADER, STOKIS SELURUH KOTA

Apa Itu XTranssCeLL®

XTranssCeLL adalah suplimen yang baik untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan badan. XTranssCeLL sesuai diamalkan sebagai makanan kesihatan, ia dihasilkan dan diformulasi daripada alga biru-hijau yang dikenali sebagai Aphanizomenon Flos Aquae (AFA).
Kajian mendapati alga biru-hijau ini terhasil daripada kesan letusan gunung berapi di Klamath, Oregon, Amerika Syarikat pada 1400 tahun dahulu.
Pengambilan AFA secara konsisten 1-5 gram setiap hari berpotensi membantu merangsang Sel Induk dalam tulang sum sum untuk hasilkan sel baru yang sihat meningkatkan sistem imun badan.
Kajian klinikal menunjukan AFA membantu badan merawat diri secara semulajadi termaksuklah pembentukan sel, tisu dan organ.
Pengambilan 3gram XTranssCeLL sehari adalah baik untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan.

Sejarah Aphanizomenon Flos-Aquae (AFA)


klamath-lake-afa
Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat
Menurut sumber dari WikiPedia, Aphanizomenon Flos Aquae telah diamalkan dalam diet harian kaum asli diseluruh dunia termasuklah Afrika, Asia, Amerika, China termasuklah bangsa Aztec dan Mayan.
AFA mula dituai dan digunakan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan badan sejak awal 1980. Pada 1998, dianggarkan 1 juta kilogram AFA telah dituai bagi memnuhi permintaan pemakanan tambahan oleh syarikat nutrisi dari seluruh dunia.
Pada hari ini AFA telah dikenali sebagai makanan bernutrisi tinggi. Ia biasanya dituai dari Tasik Klamath, Amerika Syarikat.

Proses Tuaian & Pemprosesan XTranssCeLL AFA


proses-tuai-xtransscell-afa
Proses tuaian AFA dari Tasik Klamath, Amerika Syarikat

AFA adalah alga dalam kategori tumbuhan, ia sensitif kepada haba, cahaya dan ia mudah rosak. Sebahagian bangsa Afrika dan Amerika menggunakan teknik jemuran dengan cahaya matahari untuk mengawet, tapi teknik ini didapati menyebabkan sebilangan besar kandungan nutrisi hilang akibat faktor suhu dan cahaya yang berlebihan sepanjang proses.
Jadi teknik yang sesuai dan selamat perlu dilakukan bagi mendapatkan AFA dengan kandungan nutrin yang tinggi dan selamat digunakan.
AFA diproses dengan kawalan kualiti yang sangat tinggi. Proses yang dijalankan adalah pembuangan sisa kotoran, pengasingan dari AFA yang tercemar, penyimpanan dalam suhu yang optimum dan proses pengeringan tanpa menyebabkan kehilangan nutrisi.


alga-biru-hijau-afa-xtransscell
AFA XtranssCeLL® berkualiti tinggi.

AFA XtranssCeLL® adalah jenama yang boleh anda percayai. Ia dihasilkan melalui proses & standard kualiti tinggi.

Kandungan Nutrien XTranssCeLL AFA

Aphanizomenon Flos-Aquae (AFA) memang dikenali kaya dengan kandungan vitamin, mineral, omega 3, beta-carotene, klorofil, phycocyanin, enzim aktif, asid amino, protein, phytonutrien dan bahan bioaktif yang lain.
Kandungan nutrien dalam AFA adalah bergantung kepada faktor persekitaran, suhu, cahaya matahari dan juga faktor semasa pemprosesan.
khasiat-aphanizomenon-flos-aquae-afa

Vitamin

Aphanizomenon Flos-Aquae (AFA) didapati mengandungi 13 jenis vitamin iaitu, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin B12, choline, biotin, niacin, folik asid dan panthothenic.

Mineral

Mengandungi calcium, chloride, chromium, copper, iron, magnesium, manganese, sodium dan zinc.

Protein

AFA mengandungi 60% protein

Asid Lemak Sihat

45% kandungan lipid dalam AFA adalah lemak sihat. AFA mengandungi asid linoleic (omega 6) dan asid alpha-linolenic (omega 3).

Pigmen Fotosintesis

Klorofil adalah pigmen hijau yang terkandung dalam tumbuhan hijau, ia bertindak menghasilkan oksigen melalui proses fotosentesis. Klorofil adalah phytonutrien yang penting dan juga antioksida yang baik. AFA juga agen anti bengkak dan anti radang yang terbaik.

Phenylethylamine (PEA)

Nutrien ini dapat membantu untuk menenagkan tekanan, meningkatkan fokus dan memperbaiki mood. PEA juga menyumbang kepada kesihatan badan secara keseluruhan.
Rujukan: Aphanizomenon flos-aquae (dietary supplement), Wikipedia